Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu, saya mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana sudi melayari laman web rasmi Unit CIO ini.

Kami di Unit CIO amat komited dalam memberikan perkhidmatan yang komprehensif, tepat, berkesan,  cepat dan berkualiti

pada tahap profesionalisme, kerahsiaan (confidentiality) serta integriti yang tinggi.

Dengan arus pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT ) yang serba canggih ini, kini segalanya begitu mudah

hanya di hujung jari anda sahaja. Internet serta media sosial merupakan medium yang pantas serta yang terbaik bagi penyaluran

maklumat.

Oleh hal yang demikian, saya berharap agar laman sesawang Pejabat CIO ini dapat menjadi satu medium terbaik untuk menyampaikan maklumat berkaitan Pejabat CIO selain

turut memaparkan pelbagai aktiviti di Pejabat CIO. Dengan ini, saya berharap agar warga Pejabat CIO serta seluruh warga Universiti Sains Islam Malaysia beroleh manfaat

daripada laman sesawang Pejabat CIO ini.

Salam Hormat,
Prof. Madya Dr. Mohd Zalisham Jali
Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
USIM