- Peneraju dalam perancangan, penyelarasan,pemantauan dan pengukuhan pelan strategik ICT dan e-pembelajaran, dasar, standard dan amalan global ICT terbaik di USIM.
- Peneraju inovasi melalui aplikasi kerajaan elektronik, infrastruktur dan keselamatan ICT dan mengenalpasti perkhidmatan generasi baru (new generation services) bagi pemegang taruh dan komuniti kampus USIM.
- Peneraju dalam penyelarasan, penganalisaan dan pelaporan maklumat bagi sistem di USIM untuk keperluan universiti dan pihak berkepentingan dalam membuat keputusan berkaitan ICT
- Membuat pelaporan berkala hasil analisa ke peringkat pengurusan tertinggi universiti
- Menjalin hubungan strategik dalam membantu CIO Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
- Bertindak sebagai Chief Digital Officer (CDO) dalam usaha mewujudkan budaya pemacu digital (digital-driven culture) dengan mempraktikkan ‘pendekatan berasaskan prinsip’
Dr. Syaril Nizam Omar
Penyelaras Data Raya, CIO
- Menyelaras pengurusan data untuk kegunaan Pengurusan Tertinggi membuat keputusan.
- Menyelaras hasil dapatan analisa data universiti yang diperlukan oleh pihak berkepentingan
- Menyelaras data diperingkat Universiti termasuk data staf dan pelajar.
- Memantau dan membantu untuk mengesahkan pengurusan audit data
- Menjalankan analisa dan menyediakan laporan secara berkala berkaitan data-data universiti
- Melaksanakan arahan dari semasa ke semasa berdasarkan arahan pengurusan
- Menjadi wakil kepada universiti dalam membantu CIO Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
- Mengemukakan maklum balas kepada Pejabat GCIO mengenai perancangan dan perlaksanaan pembangunan ICT agensi.
- Memantau pengurusan data untuk kegunaan Pengurusan Tertinggi membuat keputusan.
- Memantau hasil dapatan analisa data universiti yang diperlukan oleh pihak berkepentingan.
- Memantau penyelarasan pengumpulan data diperingkat Universiti termasuk data staf, pelajar dan pentadbiran.
- Memantau dan mengesahkan pengurusan audit data
- Memantau urusan pentadbiran pejabat CIO
- Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Projek ICT (JPPICT)
Puan Ramlah binti Talib
Penolong Pendaftar, CIO
- Membantu dalam pemantauan dan penyelarasan data dan perancangan strategik ICT di peringkat universiti.
- Membantu dalam analisa data dan penyediaan pelaporan data berkaitan.
- Urus setia untuk mesyuarat dan pelaksanaan audit data di bawah Unit CIO.
- Menguruskan perolehan peralatan pejabat dan latihan kakitangan.
- Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan dari semasa ke semasa.